Rabu, 23 September 2009

"SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI" "Maaf Zahir Batin"

20hb September 2009
Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar, Walillahilhamd.....
Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam, sempena 1 Syawal ini, kepada semua yang membaca blog ini, saya dan keluarga mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf atas apa jua kesilapan dan kesalahan kami yang lalu sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Moga-moga tiada dosa atau kesalahan yang tidak terampun hingga sukar kami di akhirat kelak, begitu juga kepada sesiapa pun kami ampun dan maafkan, Insya Allah!!!
Kepada pembaca blog ini, sudilah kiranya saudara-saudaraku, hadir ke rumah "Nur Firdaus" kami, moga dengan kehadiran saudara-saudaraku dapatlah kita mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Mudah-mudahan Syawal kali ini lebih bererti.

Salam Aidilfitri.........

Daripada :
Saifunnizam bin Hj. Md Salleh, (Nizam Arjuna),
Hariza binti Ngatinan,
Muhammad Izzuddin bin Saifunnizam,
Muhammad Izammuddin bin Saifunizam,
Muhammad Izharuddin bin Saifunnizam,
Nur Izzati binti Saifunnizam.
No.8, "Nur Firdaus", Jalan Sekolah Andek Mori,
82030 Serkat, Pontian, Johor Darul Takzim.
017-7165482 / 017-7248044

Selasa, 8 September 2009

Kereta Kena Pecah Samun

06hb September 2009
Hari ini jam 12 tengah hari, peristiwa yang tidak akan dilupakan apabila kereta Kancil Institut Memandu yang saya bawa harian telah di pecah cermin tepi kanan sebelah pemandu. Kereta tersebut saya letakkan di kawasan tempat letak kereta kepunyaan Pasaraya Maslee Pontian. bersebelahan Restoran 24 jam Ayub.
Ketika kejadian saya berada di Pasaraya Maslee untuk membeli belah barang dapur rumah. Setelah selesai membeli saya kembali ke kereta dan mendapati bonet belakang kereta saya telah terbuka, kemudian saya dapat cermin sebelah pemandu telah pecah. Kejadian ini telah menyebabkan saya kehilangan Komputer Riba yang dibeli bernilai RM1500.00, Kamera Digital Sony bernilai RM799.00, External Hardisk 400GB bernilai RM230.00, 5 pendrive Kingston 2GB bernilai RM125.00, Beg Komputer Riba bernilai RM185.00, alattulis dan Dvd writter, juga document yang saya tidak ingat akan kandungannya.
Apa yang saya kesalkan adalah document dalam Hardisk dan pendrive itu, kerana ia mengandungi gambar-gambar kenangan keluarga yang saya simpan sejak 2005 hingga kini. hilang. Document kerja saya juga hilang dalam pendrive tersebut.
Saya masih berharap agar saya mendapat kembali barang tersebut atau document dan gambar-gambar tersebut. Saya sedia membayar saguhati kepada mereka yang terjumpa atau memulangkan kembali kepada saya, Insya Allah, kerana apa yang penting amat saya perlukan.
Saya berharap orang yang mengambil atau membaca blog saya dapat membantu saya mendapatkan semula barang tersebut.
"SAYA SANGAT BERHARAP SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI ORANG YANG MENGAMBIL BARANG TERSEBUT UNTUK MEMULANGKANNYA KEMBALI KEPADA SAYA, INSYA ALLAH SAYA SEDIA BERUNDING SEBAIK-BAIKNYA ASALKAN SAYA DAPAT KEMBALI BARANG (DOCUMENT, GAMBAR-GAMBAR DAN BARANG KERJA) TERSEBUT."

Jumaat, 4 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Poliklinik Penawar

02hb September 2009
Jam 5pm warga Poliklinik Penawar bermesyuarat bulanan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Hj Maarof. Mesyuarat membincangkan mengenai penggunaan system baru yang boleh merekod maklumat pesakit dan perubatan pesakit. Mesyuarat juga membincangkan mengenai kerja pada bulan puasa dan hari raya. Bonus juga dibincangkan dan beliau bersetuju membayar setengah bulan gaji. Ini sesuatu yang mengembirakan warga Poliklinik Penawar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hj Maarof.
Tepat jam 7pm kami bersurai dan bergerak ke Hotel Pontian untuk majlis berbuka puasa. Kami makan bersama-sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Majlis berbuka puasa ini sudah menjadi acara tahunan klinik bila tiba bulan Ramadhan ini. Kali ini di tambah lagi dengan 3 orang staff dari Maarof Roslan Enterprise (SEASON).
Kepada Dr Hj Maarof, kami mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah memberkati Majlis kami.
Sebahgian Staff Poliklinik Penawar dan Season
Family Dr Hj Maarof sedang menjamu selera

Selasa, 1 September 2009

MERDEKA MALAYSIA ke 52 Tahun

31hb Ogos 2009
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
52 tahun lalu, anak bangsa Malaysia pernah bermandi keringat dan darah berjuang menuntut kemerdekaan tanah air sendiri. Kesenangan hidup ketika itu tidak pernah dikecapi, hanya kedaulatan tanah air menjadi agenda utama. Kini, nasib bumi Malaysia sudah jauh berubah, masyarakat berbilang kaum menikmati kemakmuran dan kemewahan negara selepas bebas daripada belenggu penjajah.
Hari ini genap 52 tahun kemerdekaan Malaysia, kita dapat berkumpul bersama menhayati kemerdekaan dengan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi atas nikmat dan rahmat yang diberikan kepada kita rakyat Malaysia. Semoga Allah terus memberikan kemakmuran dan lindungilah Malaysia dari kekacauan dan huru hara.
Semangat patriotisme hendaklah kita warisi kepada genarasi akan datang, agar mereka tidak lupa akan sejarah perjuangan kemerdekaan orang terdahulu dan diteruskan dengan mendidik anak-anak kita semangat cintakan negara, seterusnya menjadi pemimpin yang memimpin negara ini dengan lebih bertanggungjawab agar ia dapat terus diwarisi kepada genarasi yang akan datang.
Saya dan keluarga mengucapkan
"SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52 TAHUN"
kepada seluruh warga Malaysia.
"KAMI BANGGA JADI ANAK MALAYSIA"