Jumaat, 23 Oktober 2009

Gambar Di Majlis Open House "Nur Firdaus"

30 Syawal 1430H Bersamaan 19hb Oktober 2009

OPEN HOUSE DI RUMAH "NUR FIRDAUS"

Jam 11am, isteri saya menelefon, menyatakan rakan-rakan sekerja menyuruh membuat makan-makan, kerana mereka akan datang beramai-ramai. Untuk itu, beliau mengambil cuti petang. Jam 3pm, isteri saya minta menemani beliau berbelanja di Pasaraya Maslee.
Seterusnya, beliau pulang menyediakan makanan sambil dibantu oleh Lun dan Mak Intan. Saya memesan sate dari abang Naim untuk makanan sampingan.
Ini adalah kali ke 2, kami menganjurkan jamuan hari raya tanpa dirancang awal. Sebelum ini di Kuarters Klinik Kesihatan Serkat dan kini di rumah "Nur Firdaus" kami sendiri.
Jam 5pm, saya pulang, membantu mengemas dan menyediakan tempat hidangan dan tempat tamu makan. Anak-anak juga turut membantu.
Jam 8pm, tamu mula hadir iaitu JM Imisalwa dan JM Ina, diikuti Staff Nurse Sa'imah dan rakan-rakan sekerja yang lain. Selain rakan sekerja isteri saya, rakan-rakan, pengasuh anak dan jiran kami yang lain turut memeriahkan majlis ini.
Jam 11pm, tetamu mula beransur pulang. Kami bersyukur kerana majlis ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Isteri saya agak keletihan yang amat sangat kerana keletihan mencari bahan masak, memasak, mengemas dan yang paling teruk sakit gigi beliau. Tiada dalam perancangan awal untuk adakan majlis ini. Ini dinamakan majlis "bidan terjun".
Jam 12.30am setelah semua makanan di simpan, tempat di kemas dan susun dan sampah dibuang, kami beristirehat sambil berbual apa yang terjadi. Keletihan sudah tentu dan seronok pun ada.
Kepada tetamu yang hadir kami ucapan terima kasih. Kepada Lun dan Mak Intan (Mak saya) jutaan terima kasih kerana membantu isteri saya dan Maaf jika ada kekurangan.
"Semoga Majlis ini diberkati Allah"

Rabu, 14 Oktober 2009

22 Syawal 1430H bersamaan 11hb Oktober 2009

Jam 2.30pm keluarga Minah (sepupu) dan suaminya Isma dan anak-anaknya Juhir dan Akir datang beraya diikuti keluarga Dilah (sepupu) dan suaminya, Hj Hashim dan anak-anaknya Aqila dan Aziz. Kami berbual-bual tentang keluarga dan rumah kami dibuat dan kos, dan macam-macam perkara dibualkan.
Jam 4.30pm keluarga Pakcik Seman dari Singapura datang, sepatutnya mereka ke rumah mak tetapi dah singgah rumah kami, kami menjemput mereka sekeluarga masuk ke rumah. Kalau tidak kami mungkin tak kenal keluarga ini. Pak Seman adalah sepupu kepada mak saya. Terima kasih kepada keluarga Pak Seman kerana sudi datang ke rumah kami. Anak-anak beliau, dua pupu saya la, ramah juga mereka. Mereka duduk di Toa Payoh.
Jam 5pm mereka beredar ke rumah mak pula, saya juga menyusul, nak gak mendengar susur galur keluarga. Kebetulan, Mak Ngah Tik dan Abg Ghani ada maka rancak lah cerita mereka sepupu dan dua pupu berbual. Saya pun jadi tahu asal usul mereka. Jam 6pm mereka pun pulang.
Jam 7.30pm selepas solat Margrib, kami sekeluarga bersiap ke rumah Dr Abu Bakar (Dr Burn) Open House di Ayer Baloi. Jam 8.30pm kami tiba di rumah beliau dan majlis marhaban pun telah selesai. Kami sekeluarga dijemput makan. Sedang kami makan, Faizal sekeluraga, Dr Hj Maarof sekeluarga, Roslicar sekeluarga dan Dr Fiza sekeluarga datang maka meriah lah majlis ini. Saya juga jumpa akak ipar Dr Burn, Puan Marliana Hj Bakri. (Pesuruhjaya Sumpah) saya kenal beliau kerana selalu buat surat sumpah calon belajar kereta luar Johor.
Setelah makan dan berbual-bual, kami beredar meninggalkan mereka yang masih makan dan berbual, untuk pulang, esok anak-anak nak sekolah. Kepada Dr Burn terima kasih bebanyak dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Gambar Sekitar Jamuan Hari Raya Poliklinik Penawar

"KEBETULAN"
Pakaian saya dengan Pn Yatie sama colour... hehe..

Dr Hj Maarof sedang melayan tetamu dari Ambank Berhad Pontian


Antara tetamu yang hadir



Staff dari Klinik Rengit juga hadir


Sebahagian Staff
Pose Menarik Tiga Dara Pingitan..
Belum kahwin seh... hehehe...






Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Poliklinik Penawar Pontian

09hb OKTOBER 2009
Hari ini Poliklinik Penawar telah mengadakan Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya di tingkat 1, Poliklinik Penawar. Saya selaku pengurus dan di bantu oleh staff klinik, telah membuat persediaan awal untuk menjayakan majlis ini. Majlis ini adalah acara tahunan Poliklinik Penawar Pontian yang di taja oleh Dr Hj Maarof bin Hj Roslan sebagai pemilik klinik ini.
Majlis dimulakan jam 5pm, jemputan yang terdiri daripada pelanggan atau pesakit yang pernah hadir mendapatkan rawatan di klinik, sahabat-sahabat, kenalan dan saudara mara Dr Hj Maarof dan staff. Kehadiran mereka amat dialu-alukan dan menambahkan seri majlis ini.
Rakan-rakan dari Bank Islam, RHB Bank, AmBank, CIMB Bank, NUSB, Institut Memandu Bentara Harung, Guru-guru dan murid Sekolah Dato' Pengawa Barat, Pontian, KFC Pontian, TNB, Affin Bank dan ramai lagi yang hadir.
Jamuan yang disediakan adalah seperti Sate , yang disediakan oleh saudara Naim bin Ahmad, dari Kukup Laut. Manakala Restoran Awie Pontian menyediakan ketupat, sayur lodeh, sambal kacang dan sotong, rendang daging, ayam masak merah, serunding dan mee hoon, juga air minuman panas dan sejuk dan buah-buahan.
Majlis sepatut habis jam 7pm dilanjutkan kerana semakin ramai yang hadir. Namun kami terus menyambut kehadiran mereka dan menambah lagi hidangan lain yang ditaja oleh Season Pontian, seperti roti dan kek.
Majlis tamat jam 9pm. Kami gembira kerana majlis ini berjaya dianjurkan sepertimana yang dirancangkan. Insya Allah acara ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan, mungkin masanya akan dipanjangkan dan hidangan akan ditambah lagi.
Kepada yang hadir, kami mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan puan ke majlis ini dan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin". Kepada staff yang dikasihi, ribuan terima kasih di atas usaha kalian sebagai warga dan keluarga Poliklinik Penawar dengan rasa bertanggungjawab bersama memeriahkan majlis ini. Moga majlis ini diberkati Allah.
Kepada Dr Hj Maarof dan isteri (Pn Hj Yatie), Moga Allah Melimpahkan Rezeki dan Menjadikan Poliklinik Penawar Sukses di masa hadapan. Insya Allah!!.
"Terima Kasih Dr dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin"

Selasa, 6 Oktober 2009

Derma Darah Lagi

Bersama Hj Hashim

Jam 2.30pm saya dan Faizal pergi ke Hospital Pontian untuk menderma darah. Ini adalah siri lanjutan derma darah kami berdua. Kebiasaannya kami akan disertai oleh Shaufi, Rika dan Ria. Kali ini mereka tiada kerana ada hal masing-masing.


Kali ini kami disambut oleh Hj Hashim. Beliau menyuruh kami mengisi borang pengistiharan kesihatan. Beliau juga mengambil bacaan tekanan darah, HB, dan timbang kami. Kemudian kami disuruh baring dan beliau sendiri melakukan prosedur mengambil darah.


Selesai menderma kami dihidangkan minuman panas, roti dan telur separuh masak oleh En Suib. Pada kali ini kami mendapat cenderahati berupa tuala kecil Hospital Pontian dan makanan serta minuman ringan.


Saya dan Faizal mengucapkan terima kasih dan salam Aidilfitri bermaafan kepada Hj Hashim dan En Suib.


Aktiviti Sepanjang Syawal... Beraya.....

Allah...huakbar....Allah..huakbar....Allah..huakbar....
La.....illa....haillah.....wallah...huakbar.........
Allah....huakbar....walillahilham.........
1 Syawal 1430H
Kami sekeluarga berada di Felda Pengeli Timur. Saya dan anak-anak pergi solat Aidilfitri di masjid Felda Pengeli Timur. Setelah solat sunat Aidilitri dan mendengar Khutbah kami bersurai. Kami sekeluarga berkumpul adik beradik ipar duai. Bersalaman maaf maafan terutama kepada Abah Ngatinan dan Mak Yam serta keluarga yang lebih tua hingga lah adik beradik. Kemudian Kami bergambar kenangan sekeluarga.
Selesai itu, saya dan anak-anak mengikut abah pergi Marhaban beramai-ramai rumah ke rumah, dalam Blok Hijau 10, kira-kira 20 buah rumah kami sama-sama memeriahkannya. Majlis tamat jam 2.30pm.
Kami sekeluarga tinggal terus di sini manakala adik beradik yang lain ada yang pulang ke rumah mertua dan menziarah kubur dan ke rumah adik beradik ipar duai masing-masing.
2 Syawal 1430H.
Kami sekeluarga sekali lagi berkumpul untuk ke Sri Medan Batu Pahat, berkonvoi ke rumah Hj Mustaji (Bapa Abang Zaidi dan Ujit) beraya dan makan tengah hari. Rumah Mak Long, Pak Alang, dan sepupu sepapat. Akhir sekali ke rumah Kak Ani dan Abang Ayub. Selepas makan malam kami pulang ke Pontian dan keluarga yang lain pulang ke Felda Pengeli Timur.
3 Syawal 1430H
Kami di Serkat. Makan tengah hari bersama Ngah dan Pudin sebelum dia orang balik ke Melaka dan Kuala Lumpur. Kami sekeluarga, terus beraya ke rumah orang yang jaga anak, Mak Andam, beraya ke rumah Tok Cu, Mak Ros dan kami balik ke rumah kerana Fadil dan Effa datang ke rumah kami. Malam kami sambung lagi beraya ke rumah Mak Serkat dan Tok Uda.
5 Syawal 1430H
Kami ambil cuti bawa Mak Intan, Helmi, Lun dan Jaz, 2 kereta ke Johor Bahru, Rumah Mak Idah, Rumah Minah, Rumah Mak Yah, Rumah Mak Ngah Tik, dan tengok rumah kami (sewakan) di Jalan Tasek 28, Bandar Seri Alam, penyewanya tiada. Terus kami ke rumah Mak Bik dan Pak Yahya. Akhir sekali Rumah Mak Odah di Senai. Selepas Isya' kami pulang dan singgah ke Rumah Kak Ujit di Taman Emas.