Selasa, 1 Jun 2010

Gambar Kenangan Kursus bersama JPJ

Nizam Arjuna bersama Tuan Pengarah JPJ Negeri Johor
Tuan Mohd Rosli bin Ramli


Hj Zul, Nizam Arjuna, Hj Zaidan dan Hj Saibon

Hj Zul, Mr Shahruddin, Hj Rahman dan Hj Zaidan


Mr Gan menerima Sijil Penyertaan bagi
mewakili Institut Memandu Long Life



Hj Saibon menerima Sijil Penyertaan bagi
mewakili Institut Memandu Bentara Harung



Peserta dari Institut Memandu Long Life




Penyerahan Cenderahati kepada
Tuan Pengarah JPJ Johor


Sesi berdailog



Peserta sedang mendengar taklimat


Timbalan Pengarah dan Ketua JPJ Pontian



Pengajar Wanita IMBH
Kak Intan, Kak Yan dan Kak Bai



Peserta dari IMBH


Kusyuk mendengar taklimat



Hj Yais, Md Shas dan Nizam Arjuna
(Tengah ber Facebook tu...hihi)


Hj Zul (belakang)
Pak Man, En Shahruddin, En Murat, En Nasir
dan
Mr Handsome Nizam Arjuna
















Kursus Pemantapan Pengajar Institut Memandu Negeri Johor

01hb Jun 2010

Hari ini aku menghadiri Kursus Pemantapan Pengajar Institut Memandu Negeri Johor (SPIM) anjuran bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor dengan Institut Memandu Daerah Pontian, bertempat di Hotel Pontian.
Jam 8am Pendaftaran bermula dan kami memulakan sesi Pembentangan Kertas 1 iaitu "Peranan dan Tanggungjawab Pengajar Pemandu Berteraskan Hasil Pembelajaran". Ceramah yang di sampaikan oleh En Azmi bin Awang dari Bahagian Perlesenan dan Pengujian JPJ Ibupejabat.

En Azmi bin Awang
Perkara yang ditekan ialah peranan Pengajar dalam mendidik pemandu menjadi pemandu yang kompeten. Hasil daripada pembelajaran iaitu
(a) KOGNITIF iaitu Pengetahuan pemanduan yang selamat,
(b) PISKOMOTOR iaitu kompeten memandu yang selamat dan
(c ) AFEKTIF iaitu Menghayati budaya keselamatan
Selepas Minum, kursus disambung lagi dengan Pembentangan Kertas 2 iaitu "Pendokumentasi Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Latihan Memandu : Perspektif JPJ". Perkara ini berkaitan cara Pengajar dan pengurusan untuk merancang dan merekodkan pembelajaran calon dengan bersistematik sebelum dan selepas pelajar tersebut mendapat lesen memandu. Dan menilai kami dengan cara kami merekodkan borang SM4.

Kami berhenti pada jam 1.15pm untuk makan tengah hari dan solat berjemaah.

En Mazlan bin Mohd Sanip
Jam 2.15 kami bersambung semula dengan Penceramah dari Institut Perguruan Kampus Temenggung Ibrahim iaitu En Mazlan bin Mohd Sanip. Ceramah Motivasi mengenai komunikasi Berkesan. Perkara yang berkaitan hubungan dua hala dalam menjayakan bentuk Pengajaran dan Pembelajaran oleh Pengajar dengan calon pelajar memandu. Agak ceria sedikit suasana ketika ini dengan gelak ketawa yang diusik oleh penceramah kepada kami, iaitu, jangan tersalah guna bahasa dan gaya tubuh badan agar tidak tersalah tafsir oleh pihak lain.
Tuan Mohd Rosli bin Ramli
Pengarah JPJ Negeri Johor
Jam 4.15 pm ketibaan Tuan Mohd Rosli bin Ramli selaku Pengarah JPJ Negeri Johor dan Timbalannya iaitu En Mohammad Hakimi dan Che Muda serta Ketua JPJ Pontian iaitu En Nor Afandi bin Othman.
Selepas memberikan sedikit peneranagn tentang kenapa perlu perjumpaan seperti ini dan membangkitkan isu-isu semasa tentang kemalangan dan sikap serta budaya memandu bagi pemandu di Malaysia, yang perlu diubah melalui Institut Memandu dan Pengajar agar dapat melahirkan pemandu yg kompeten dan efisen. Dan diikuti sesi dialog antara pengajar dan pengarah tentang hal berkaiatan perlesenan, pengujian dan lain perkara berkaitan dengan JPJ dan Institut Memandu.
Peserta sedang berdailog dgn Pengarah JPJ Negeri Johor
Akhir sekali penyampaian cenderahati kepada yang terlibat.
Hj Saibon wakil Institut Memandu Bentara Harung
dan
Mr Gan wakil Institut Memandu Long Life
sedang menyerahkan cenderahati kepada
Tuan Pengarah JPJ Negeri Johor.

Majlis ditamatkan jam 5.40pm dan bersurai selepas minum petang.