Jam 11am, isteri saya menelefon, menyatakan rakan-rakan sekerja menyuruh membuat makan-makan, kerana mereka akan datang beramai-ramai. Untuk itu, beliau mengambil cuti petang. Jam 3pm, isteri saya minta menemani beliau berbelanja di Pasaraya Maslee.
Seterusnya, beliau pulang menyediakan makanan sambil dibantu oleh Lun dan Mak Intan. Saya memesan sate dari abang Naim untuk makanan sampingan.
Ini adalah kali ke 2, kami menganjurkan jamuan hari raya tanpa dirancang awal. Sebelum ini di Kuarters Klinik Kesihatan Serkat dan kini di rumah "Nur Firdaus" kami sendiri.
Jam 5pm, saya pulang, membantu mengemas dan menyediakan tempat hidangan dan tempat tamu makan. Anak-anak juga turut membantu.
Jam 8pm, tamu mula hadir iaitu JM Imisalwa dan JM Ina, diikuti Staff Nurse Sa'imah dan rakan-rakan sekerja yang lain. Selain rakan sekerja isteri saya, rakan-rakan, pengasuh anak dan jiran kami yang lain turut memeriahkan majlis ini.
Jam 11pm, tetamu mula beransur pulang. Kami bersyukur kerana majlis ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Isteri saya agak keletihan yang amat sangat kerana keletihan mencari bahan masak, memasak, mengemas dan yang paling teruk sakit gigi beliau. Tiada dalam perancangan awal untuk adakan majlis ini. Ini dinamakan majlis "bidan terjun".
Jam 12.30am setelah semua makanan di simpan, tempat di kemas dan susun dan sampah dibuang, kami beristirehat sambil berbual apa yang terjadi. Keletihan sudah tentu dan seronok pun ada.
Kepada tetamu yang hadir kami ucapan terima kasih. Kepada Lun dan Mak Intan (Mak saya) jutaan terima kasih kerana membantu isteri saya dan Maaf jika ada kekurangan.
"Semoga Majlis ini diberkati Allah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan