Khamis, 28 Mei 2009

Derma Darah


Pada 26hb, setelah siap kerja2 di klinik, saya ajak Faizal dan Shaufi serta Rika untuk pergi menderma darah di Hospital Pontian, jam 12 tengah hari kami tiba dan Hj Khair menyambut kami dan menyiapkan butiran untuk prosedur menderma darah. Setelah siap Hj Ahmad mengambil darah kami...

Jam 1.30pm kami telah selesai menderma dan dihidangkan minuman panas, telur separuh masak n roti untuk mengembalikan tenaga kami.

Ini adalah lanjutan siri derma darah kami... Seronok rasanya dapat menyumbang apa yang terdaya...

Selasa, 26 Mei 2009

Masalah Tarikh di Blog Ini

SALAM...

Hari ini 26hb Mei 2009, setelah dua kali menulis dalam blog ini baru saya perasan tarikh yang tertera adalah berbeza dari tarikh perkara yang berlaku.... Macam mana ya....

Lagi 3 hari lagi rumah mak n ayah akan menerima menantu 2 orang serentak.... pada 29hb malam adik, Lun akan dinikahkan dengan Jazril dari Terengganu... Dan 30hb adalah hari sandingnya... Adik lelaki saya Azmi dan isterinya, Syida akan sanding sekali... so 2 mempelai dalam satu majlis.

Sejak awal minggu ini mak n ayah, dah mula sibuk menyiapkan apa2 yang kurang, Rumah "Nur Firdaus" saya juga mengalami penambahbaikan terutama halaman rumah supaya kereta2 saudara n para hadirin boleh tumpang parking masa majlis nanti..

Nantikan cerita selanjutnya pada hari majlis... Insya Allah!!

Ahad, 24 Mei 2009

Berkumpul Sekeluarga

Semalam selepas isya' kami berkumpul sekeluarga dari Pengeli Timur di Restoran Mandella Permas Kelapa. Maka mak, abah, Nabila, Nurul, Keluarga abg Salleh, Keluarga Ujit, Keluarga Mamat dan keluarga aku

Tujuannya adalah kerana abg Salleh hendak belanja makan kerana dapat bonus... ( terima kasih bebanyak semoga murah rezeki hendaknya - Amin) Sementara menunggu makan disediakan, kami bersembang bertanya khabar setelah kali terakhir perjumpaan begini pada 1hb Mei 2009 tempo ari di Sea View Resort, Desaru

Selesai makan 11pm.. Kami bertolak balik ke rumah "Nur Firdaus" untuk berkumpul dan sembang-sembang lagi, sebelum tidur 3am

7am selepas subuh aku siap sedia beli sarapan dan nak mengajar, Bawa calon baru (kpp) Maisurah Asbullah, Ajar Sudin 9am, Ajar Jm Ana 10am, Ajar Yalina 11am n Ajar Ita 12noon

3pm Amik Mai n balik Serkat.

Sabtu, 23 Mei 2009

Belajat Buat Blog Sendiri

Salam......

Selama ni tengok blog orang je.... kini saya cuba buat sendiri blog ni... Dah lama tau pasal blog ni tapi x tergerak nak buat atau joint.... kes Raja Petra lah saya tahu apa itu blog dan blogger..

Insya Allah..... sambung lagi bila berkesempatan..