Selasa, 1 Jun 2010

Gambar Kenangan Kursus bersama JPJ

Nizam Arjuna bersama Tuan Pengarah JPJ Negeri Johor
Tuan Mohd Rosli bin Ramli


Hj Zul, Nizam Arjuna, Hj Zaidan dan Hj Saibon

Hj Zul, Mr Shahruddin, Hj Rahman dan Hj Zaidan


Mr Gan menerima Sijil Penyertaan bagi
mewakili Institut Memandu Long Life



Hj Saibon menerima Sijil Penyertaan bagi
mewakili Institut Memandu Bentara Harung



Peserta dari Institut Memandu Long Life




Penyerahan Cenderahati kepada
Tuan Pengarah JPJ Johor


Sesi berdailog



Peserta sedang mendengar taklimat


Timbalan Pengarah dan Ketua JPJ Pontian



Pengajar Wanita IMBH
Kak Intan, Kak Yan dan Kak Bai



Peserta dari IMBH


Kusyuk mendengar taklimat



Hj Yais, Md Shas dan Nizam Arjuna
(Tengah ber Facebook tu...hihi)


Hj Zul (belakang)
Pak Man, En Shahruddin, En Murat, En Nasir
dan
Mr Handsome Nizam Arjuna
















Kursus Pemantapan Pengajar Institut Memandu Negeri Johor

01hb Jun 2010

Hari ini aku menghadiri Kursus Pemantapan Pengajar Institut Memandu Negeri Johor (SPIM) anjuran bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor dengan Institut Memandu Daerah Pontian, bertempat di Hotel Pontian.
Jam 8am Pendaftaran bermula dan kami memulakan sesi Pembentangan Kertas 1 iaitu "Peranan dan Tanggungjawab Pengajar Pemandu Berteraskan Hasil Pembelajaran". Ceramah yang di sampaikan oleh En Azmi bin Awang dari Bahagian Perlesenan dan Pengujian JPJ Ibupejabat.

En Azmi bin Awang
Perkara yang ditekan ialah peranan Pengajar dalam mendidik pemandu menjadi pemandu yang kompeten. Hasil daripada pembelajaran iaitu
(a) KOGNITIF iaitu Pengetahuan pemanduan yang selamat,
(b) PISKOMOTOR iaitu kompeten memandu yang selamat dan
(c ) AFEKTIF iaitu Menghayati budaya keselamatan
Selepas Minum, kursus disambung lagi dengan Pembentangan Kertas 2 iaitu "Pendokumentasi Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Latihan Memandu : Perspektif JPJ". Perkara ini berkaitan cara Pengajar dan pengurusan untuk merancang dan merekodkan pembelajaran calon dengan bersistematik sebelum dan selepas pelajar tersebut mendapat lesen memandu. Dan menilai kami dengan cara kami merekodkan borang SM4.

Kami berhenti pada jam 1.15pm untuk makan tengah hari dan solat berjemaah.

En Mazlan bin Mohd Sanip
Jam 2.15 kami bersambung semula dengan Penceramah dari Institut Perguruan Kampus Temenggung Ibrahim iaitu En Mazlan bin Mohd Sanip. Ceramah Motivasi mengenai komunikasi Berkesan. Perkara yang berkaitan hubungan dua hala dalam menjayakan bentuk Pengajaran dan Pembelajaran oleh Pengajar dengan calon pelajar memandu. Agak ceria sedikit suasana ketika ini dengan gelak ketawa yang diusik oleh penceramah kepada kami, iaitu, jangan tersalah guna bahasa dan gaya tubuh badan agar tidak tersalah tafsir oleh pihak lain.
Tuan Mohd Rosli bin Ramli
Pengarah JPJ Negeri Johor
Jam 4.15 pm ketibaan Tuan Mohd Rosli bin Ramli selaku Pengarah JPJ Negeri Johor dan Timbalannya iaitu En Mohammad Hakimi dan Che Muda serta Ketua JPJ Pontian iaitu En Nor Afandi bin Othman.
Selepas memberikan sedikit peneranagn tentang kenapa perlu perjumpaan seperti ini dan membangkitkan isu-isu semasa tentang kemalangan dan sikap serta budaya memandu bagi pemandu di Malaysia, yang perlu diubah melalui Institut Memandu dan Pengajar agar dapat melahirkan pemandu yg kompeten dan efisen. Dan diikuti sesi dialog antara pengajar dan pengarah tentang hal berkaiatan perlesenan, pengujian dan lain perkara berkaitan dengan JPJ dan Institut Memandu.
Peserta sedang berdailog dgn Pengarah JPJ Negeri Johor
Akhir sekali penyampaian cenderahati kepada yang terlibat.
Hj Saibon wakil Institut Memandu Bentara Harung
dan
Mr Gan wakil Institut Memandu Long Life
sedang menyerahkan cenderahati kepada
Tuan Pengarah JPJ Negeri Johor.

Majlis ditamatkan jam 5.40pm dan bersurai selepas minum petang.


































































































Selasa, 18 Mei 2010

Happy Birthday "Izharuddin" 4 tahun

14hb Mei 2010

Happy birthday 2 U
Happy birthday 2 U
Happy birthday 2 Izharuddin...........
Happy birthday 2 Uuuuuuuuuuu.........

Semoga Har panjang umo dan sihat sejahtera hendaknya...
Pa doakan Har menjadi anak yang baik, pandai, dengar kata Mama n Papa.......

Pa n Ma sentiasa berusaha yg terbaik untuk Har dan anak2 Pa yg lain...

Terimalah hadiah daripada Pa n Ma....

Inilah hadiahnya....

X perlu kayuh... x der batri...

Hanya Pusing2 kan sterengnya untuk kedepan dan kebelakang


Abang2nya yg teringin benar nak drive keta tu....




Bawa Izati jalan2 ya...
Semoga Har terhibur.....



Rabu, 14 April 2010

Happy Birthday "Mama - Hariza" 34 Years Old....

13hb April 2010


Happy birthday 2 u..
Happy birthday 2 u..
Happy birthday 2 Hariza (Mama)...
Happy birthday 2 uuuuuuuuuuu....

Semoga Sayang panjang Umur, dimurahkan rezeki, Sihat sejahtera, sukses dalam kerjaya...
dan Pa juga harap Ma bahagia disamping Pa dan anak2....

Senyuman yg menawan depan kek dan hadiah

Lilin kek tu 3 batang cam 3 tahun lak ya.....



"Happy Birthday Sayang - Hariza"
From : Pa n child


Cepat2 tengok Mama nak buka Hadiah daripada Pa....
Wah !! tgok Izzati tu bukan main lagi jenguknya....
Ha...... dapat handphone....
bergaya lagi tu.... Sama colour ngan baju lak tu....
Handphone Sony Ericsson
Model W705
Ader Wi-Fi leh tengok Facebook
Semoga Mama Suka dan bahagia dihari ulangtahun kelahiran mu....


Selasa, 9 Mac 2010

Majlis Perkahwinan Di Ulu Pengeli

13hb Februari 2010
Hari ini majlis persandingan 2 anak sepupu, Iaitu Ijal n Isteri dan June n suami.

Isnin, 8 Februari 2010

Derma Darah Kali Ke.....

14/1/2010

Hari ini saya n Faizal pergi menderma darah di Hospital Pontian.
Genap sudah 3 bulan datang lagi kali ini.....
Rutin setiap 3 bulan.


Faizal
yg x sabar2 nak menderma

Hidangan Selepas Bagi Penderma Darah


Darah Aku (A+)


Rekod Kehadiranku Menderma
Cenderahati Pihak Hospital iaitu Tuala Muka
(warna hijau bawah buku)










Edin Pakai Cermin Mata

17/1/2010


Setelah mengadu sering tak nampak dan dalam kelas kena duduk di belakang, kami membawa Edin pergi ke kedai cermin mata untuk mengetahui keadaan matanya.


Pemeriksaan mengesahkan beliau rabun. Kanta kanan 200 dan kanta kiri 164.


Kami membelikan cermin mata yang ditawarkan bagi pakej pelajar iaitu RM80.00


Seronok lah dia memakai cermin mata kerana kelihatan lebih jelas.


Patutlah kerja sekolah sering x siap apabila menyalin nota di papan hitam sekolah. Menonton Tv terlalu dekat dan mata sering berair..


Semoga dengan cermin mata ni... dapat lah Edin menumpukan pelajarannya...



Ahad, 24 Januari 2010

Happy Birthday "Nur Izzati" 1st Years Old....

Happy Birthday 2 U...
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2, Nur Izzati...
Happy Birthday 2 uuuuuuuuuuu........
"NUR IZZATI BINTI SAIFUNNIZAM"

Bulatnyer mata dia.....


Anak Papa....

Hari ini genaplah setahun usia Nur Izzati.
Pa n Ma... Doakan moga... Izzati,
Panjang umur, murah rezeki, beroleh kesihatan yang baik
dan sukses dalam apa jua bidang yg diceburi.

Pa n Ma juga, akan terus menjaga dan mendidik Izzati menjadi orang yg baik-baik dan juga solehah. Jadi yang terbaik daripada Pa n Ma. Juga kepada anak-anak yang lain.
Kasih sayang Pa n Ma hanya untuk anak-anak jua....










Isnin, 4 Januari 2010

Persekolahan Anak-Anak Bermula.. Tahun 2010

Selepas solat subuh, anak-anak mula bersiap memakai uniform sekolah, baju baru, kasut baru, beg baru, serba serbi baru agar dapat memberikan mereka semangat baru untuk ke sekolah.
Mama pula sibuk di dapur menyediakan sarapan minuman dan roti bakar untuk di minum dan makan serta bawa bekalan untuk di makan di waktu rehat persekolahan.
Edin kini masuk tahun 3, Izam masuk tahun 2, Har kami latih supaya mengenal alam persekolahan dan pembelajaran dengan menumpang atau percubaan di Tadika PASTI Nur Hidayah Serkat. Mereka begitu teruja hendak ke sekolah.
Hujan lebat, maka mereka tidak dapat berjalan kaki ke sekolah yang terletak 50 meter dari rumah, saya menghantar mereka menaiki kereta. Har pula di temani oleh Bonda saya di tadika.
Jam 11am Har tamat kelas dan di bawa ke rumah penjaganya, Mak Andam yang juga menjaga anak kecil kami, iaitu Nur Izzati.
Saya dan isteri bekerja di tempat kerja masing-masing.
Selesai sesi persekolahan pagi jam 1pm Bonda saya akan mengambil Edin dan Izam, Pulang ke rumah makan tengah hari sebelum ke sekolah agama Serkat, jam 2pm. Selesai sekolah agama jam 3.30pm, mereka akan di hantar mengaji di rumah Tok Som. Jam 4.30pm mereka akan ke kelas tuition oleh Cikgu Nazri, hingga jam 5.30pm.
Mama habis kerja akan mengambil Izati dan Har di rumah Mak Andam, seterusnya mengambil Edin dan Izam di pusat tuition.
Jam 6pm mereka bebas dengan aktiviti mereka berbasikal dari rumah kami ke rumah bonda yang terletak beberapa meter je... Mama mula sibuk menyediakan makan malam kami sekeluarga. Saya melayan Izzati dan anak-anak di luar.
Malam aktiviti kami sekeluarga melayari internet, anak menonton tv atau vcd... Belum ada jadual dan pelajaran atau kerja sekolah lagi.. 10pm mereka diwajibkan tidur awal untuk mudah bangun ke esokkan harinya.
Begitu lah jadual anak-anak dan saya juga isteri dan mungkin akan menjadi rutin seharian sepanjang persekolahan ini.
Ini lah tanggungjawab kami dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Kepada Bonda dan ayahnda juga Ayun, terima kasih kerana dapat membantu menguruskan jadual anak-anak kami, ketika kami bekerja. Tanpa kalian mungkin jadual ini menjadi rumit bagi kami.

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam 2010 bersamaan 15 Muharam 1431H

Semoga kehidupan yang mendatang adalah perubahan yang mendatangkan kebaikan, kebahagian dan kejayaan....

Kehidupan yang lepas (2009) kita jadikan iktibar dan teladan....

Kepada semua Selamat Tahun Baru 2010........