Ahad, 24 Januari 2010

Happy Birthday "Nur Izzati" 1st Years Old....

Happy Birthday 2 U...
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2, Nur Izzati...
Happy Birthday 2 uuuuuuuuuuu........
"NUR IZZATI BINTI SAIFUNNIZAM"

Bulatnyer mata dia.....


Anak Papa....

Hari ini genaplah setahun usia Nur Izzati.
Pa n Ma... Doakan moga... Izzati,
Panjang umur, murah rezeki, beroleh kesihatan yang baik
dan sukses dalam apa jua bidang yg diceburi.

Pa n Ma juga, akan terus menjaga dan mendidik Izzati menjadi orang yg baik-baik dan juga solehah. Jadi yang terbaik daripada Pa n Ma. Juga kepada anak-anak yang lain.
Kasih sayang Pa n Ma hanya untuk anak-anak jua....










Isnin, 4 Januari 2010

Persekolahan Anak-Anak Bermula.. Tahun 2010

Selepas solat subuh, anak-anak mula bersiap memakai uniform sekolah, baju baru, kasut baru, beg baru, serba serbi baru agar dapat memberikan mereka semangat baru untuk ke sekolah.
Mama pula sibuk di dapur menyediakan sarapan minuman dan roti bakar untuk di minum dan makan serta bawa bekalan untuk di makan di waktu rehat persekolahan.
Edin kini masuk tahun 3, Izam masuk tahun 2, Har kami latih supaya mengenal alam persekolahan dan pembelajaran dengan menumpang atau percubaan di Tadika PASTI Nur Hidayah Serkat. Mereka begitu teruja hendak ke sekolah.
Hujan lebat, maka mereka tidak dapat berjalan kaki ke sekolah yang terletak 50 meter dari rumah, saya menghantar mereka menaiki kereta. Har pula di temani oleh Bonda saya di tadika.
Jam 11am Har tamat kelas dan di bawa ke rumah penjaganya, Mak Andam yang juga menjaga anak kecil kami, iaitu Nur Izzati.
Saya dan isteri bekerja di tempat kerja masing-masing.
Selesai sesi persekolahan pagi jam 1pm Bonda saya akan mengambil Edin dan Izam, Pulang ke rumah makan tengah hari sebelum ke sekolah agama Serkat, jam 2pm. Selesai sekolah agama jam 3.30pm, mereka akan di hantar mengaji di rumah Tok Som. Jam 4.30pm mereka akan ke kelas tuition oleh Cikgu Nazri, hingga jam 5.30pm.
Mama habis kerja akan mengambil Izati dan Har di rumah Mak Andam, seterusnya mengambil Edin dan Izam di pusat tuition.
Jam 6pm mereka bebas dengan aktiviti mereka berbasikal dari rumah kami ke rumah bonda yang terletak beberapa meter je... Mama mula sibuk menyediakan makan malam kami sekeluarga. Saya melayan Izzati dan anak-anak di luar.
Malam aktiviti kami sekeluarga melayari internet, anak menonton tv atau vcd... Belum ada jadual dan pelajaran atau kerja sekolah lagi.. 10pm mereka diwajibkan tidur awal untuk mudah bangun ke esokkan harinya.
Begitu lah jadual anak-anak dan saya juga isteri dan mungkin akan menjadi rutin seharian sepanjang persekolahan ini.
Ini lah tanggungjawab kami dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Kepada Bonda dan ayahnda juga Ayun, terima kasih kerana dapat membantu menguruskan jadual anak-anak kami, ketika kami bekerja. Tanpa kalian mungkin jadual ini menjadi rumit bagi kami.

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam 2010 bersamaan 15 Muharam 1431H

Semoga kehidupan yang mendatang adalah perubahan yang mendatangkan kebaikan, kebahagian dan kejayaan....

Kehidupan yang lepas (2009) kita jadikan iktibar dan teladan....

Kepada semua Selamat Tahun Baru 2010........