Rabu, 5 Januari 2011

Persekolahan Anak-anak 2011

1hb Januari 2011
Sesi pendaftaran pelajar.
Semua diuruskan oleh isteriku.....
Sesi pagi Edin masuk darjah 4 n Ezam masuk darjah 3
Har pula masuk pra-sekolah (5Tahun) ke semua mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Andek Mori... (depan umah je...)
Sesi petang Edin darjah 4 n Ezam darjah 3 dan bersekolah di Sekolah Agama Serkat.

Isteriku menguruskan semua hal2 pendaftaran dan bayaran
Sesi pagi Edin RM124 n Ezam RM87 n Har RM173
Sesi petang Edin RM54 n Ezam RM104(Beli Kitab)

Sebelum tu kami telah berbelanja membeli barang2 n peralatan tulis sekolah...
Beli baju, seluar, kasut, beg, tali pinggang.. dan alat2 tulis persekolahan sebanyak RM300


3hb Januari 2011
Hari yg ditunggu2 anak2 jam 6.30am dah kena bangun dia org... Cepat dia org bangun... hihi..
teruja la katakan.... Mandi n siap beruniform baru sekolah.. sarapan n Jam 7am Edin n Ezam jalan dulu ke sekolah. Har n Mama p lambat sikit..

Ezam bergitu teruja hendak ke sekolah..

Edin steady je... Haaa.... Anak yg baik bawa bekal nasi goreng ke sekolah....


Huaarrr...
Har masih mgantuk lagi...

Perhimpunan........
Har kena beratur n berdiri paling depan sekali...
Mungkin malu sebab dahinya yg bertampal akibat jatuh kerusi mlm tu n kena 2 jahitan dikelopak matanya... Setahun yg lalu dia kena 3 jahitan gak di atas kening sebelah kiri hampir sama tempat kena jahit...

Semasa taklimat isteriku dilantik menjadi Pengurusi Majlis Permuafakatan kelas Pra bagi Sekolah Kebangsaan Andek Mori... (Tahniah ya sayang...)
2 hari isteriku cuti menguruskan anak2 bersekolah...
Pagi hantar Har.... Edin n Ezam jalan sendiri... Hantar Izati ke rumah pengasuh..
11.30am amik Har n hantar pula ke rumah pengasuh

Petang jam 2pm Ezam Sekolah Agama n 3.30pm Hantar Edin pulak n amik Ezam balik.
Ezam p mengaji lak. 5pm Amik Har n Izati di rumah pengasuh... 6.30pm ambil Edin balik dari Sekolah Agama pulak...

Begitu lah jadual harian persekolahan anak2 yg diuruskan oleh isteriku selama 2 hari ni....
Pasni ada part2 yg akan dibantu oleh emak n ayah pula....

Aku cam biasa pagi2 dah ajar student kereta, 9am masuk klinik lak hingga la sebelah petang.. ajar lagi student kereta lewat petang baru sampai rumah.

Kepada anak2ku....
Semoga kalian dapat didikan yg sempurna n jadi anak2 yg berguna pada masyarakat n Agama n bangsa....

Kepada isteriku...
Terima kasih kerana menjadi tulang belakangku....
tanpa mu pasti aku tidak dapat melakukannya....
Hanya kasih sayangku je yg mampuku berikan hingga ke akhir hayat.. Insya Allah...

Kepada emak dan ayah...
Terima kasih juga pada kalian yg turut membantu memberi dorongan kepada anak2ku n cucu2mu agar sempurna didikan ini....

Kepada guru2 anak2ku...
Kesabaran n kependidikan mu kami harapkan supaya anak2 ini menjadi org yg berjaya....
Semoga Allah jua yg membalasnya...Insya Allah...

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Tinggal tahun 2010...
Selamat datang tahun 2011...

Muga sepanjang tahun baru ini aku menjadi lebih sukses....
Muga tahun ini juga aku lebih utamakan keluarga, kerjaya dan Masa depan yg lebih baik untuk dunia dan akhirat...

Kepada semua yg membaca..
Harap anda pon begitu ya....

Salam Tahun Baru semua...