Jumaat, 23 Oktober 2009

Gambar Di Majlis Open House "Nur Firdaus"

30 Syawal 1430H Bersamaan 19hb Oktober 2009

OPEN HOUSE DI RUMAH "NUR FIRDAUS"

Jam 11am, isteri saya menelefon, menyatakan rakan-rakan sekerja menyuruh membuat makan-makan, kerana mereka akan datang beramai-ramai. Untuk itu, beliau mengambil cuti petang. Jam 3pm, isteri saya minta menemani beliau berbelanja di Pasaraya Maslee.
Seterusnya, beliau pulang menyediakan makanan sambil dibantu oleh Lun dan Mak Intan. Saya memesan sate dari abang Naim untuk makanan sampingan.
Ini adalah kali ke 2, kami menganjurkan jamuan hari raya tanpa dirancang awal. Sebelum ini di Kuarters Klinik Kesihatan Serkat dan kini di rumah "Nur Firdaus" kami sendiri.
Jam 5pm, saya pulang, membantu mengemas dan menyediakan tempat hidangan dan tempat tamu makan. Anak-anak juga turut membantu.
Jam 8pm, tamu mula hadir iaitu JM Imisalwa dan JM Ina, diikuti Staff Nurse Sa'imah dan rakan-rakan sekerja yang lain. Selain rakan sekerja isteri saya, rakan-rakan, pengasuh anak dan jiran kami yang lain turut memeriahkan majlis ini.
Jam 11pm, tetamu mula beransur pulang. Kami bersyukur kerana majlis ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Isteri saya agak keletihan yang amat sangat kerana keletihan mencari bahan masak, memasak, mengemas dan yang paling teruk sakit gigi beliau. Tiada dalam perancangan awal untuk adakan majlis ini. Ini dinamakan majlis "bidan terjun".
Jam 12.30am setelah semua makanan di simpan, tempat di kemas dan susun dan sampah dibuang, kami beristirehat sambil berbual apa yang terjadi. Keletihan sudah tentu dan seronok pun ada.
Kepada tetamu yang hadir kami ucapan terima kasih. Kepada Lun dan Mak Intan (Mak saya) jutaan terima kasih kerana membantu isteri saya dan Maaf jika ada kekurangan.
"Semoga Majlis ini diberkati Allah"

Rabu, 14 Oktober 2009

22 Syawal 1430H bersamaan 11hb Oktober 2009

Jam 2.30pm keluarga Minah (sepupu) dan suaminya Isma dan anak-anaknya Juhir dan Akir datang beraya diikuti keluarga Dilah (sepupu) dan suaminya, Hj Hashim dan anak-anaknya Aqila dan Aziz. Kami berbual-bual tentang keluarga dan rumah kami dibuat dan kos, dan macam-macam perkara dibualkan.
Jam 4.30pm keluarga Pakcik Seman dari Singapura datang, sepatutnya mereka ke rumah mak tetapi dah singgah rumah kami, kami menjemput mereka sekeluarga masuk ke rumah. Kalau tidak kami mungkin tak kenal keluarga ini. Pak Seman adalah sepupu kepada mak saya. Terima kasih kepada keluarga Pak Seman kerana sudi datang ke rumah kami. Anak-anak beliau, dua pupu saya la, ramah juga mereka. Mereka duduk di Toa Payoh.
Jam 5pm mereka beredar ke rumah mak pula, saya juga menyusul, nak gak mendengar susur galur keluarga. Kebetulan, Mak Ngah Tik dan Abg Ghani ada maka rancak lah cerita mereka sepupu dan dua pupu berbual. Saya pun jadi tahu asal usul mereka. Jam 6pm mereka pun pulang.
Jam 7.30pm selepas solat Margrib, kami sekeluarga bersiap ke rumah Dr Abu Bakar (Dr Burn) Open House di Ayer Baloi. Jam 8.30pm kami tiba di rumah beliau dan majlis marhaban pun telah selesai. Kami sekeluarga dijemput makan. Sedang kami makan, Faizal sekeluraga, Dr Hj Maarof sekeluarga, Roslicar sekeluarga dan Dr Fiza sekeluarga datang maka meriah lah majlis ini. Saya juga jumpa akak ipar Dr Burn, Puan Marliana Hj Bakri. (Pesuruhjaya Sumpah) saya kenal beliau kerana selalu buat surat sumpah calon belajar kereta luar Johor.
Setelah makan dan berbual-bual, kami beredar meninggalkan mereka yang masih makan dan berbual, untuk pulang, esok anak-anak nak sekolah. Kepada Dr Burn terima kasih bebanyak dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Gambar Sekitar Jamuan Hari Raya Poliklinik Penawar

"KEBETULAN"
Pakaian saya dengan Pn Yatie sama colour... hehe..

Dr Hj Maarof sedang melayan tetamu dari Ambank Berhad Pontian


Antara tetamu yang hadir



Staff dari Klinik Rengit juga hadir


Sebahagian Staff
Pose Menarik Tiga Dara Pingitan..
Belum kahwin seh... hehehe...






Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Poliklinik Penawar Pontian

09hb OKTOBER 2009
Hari ini Poliklinik Penawar telah mengadakan Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya di tingkat 1, Poliklinik Penawar. Saya selaku pengurus dan di bantu oleh staff klinik, telah membuat persediaan awal untuk menjayakan majlis ini. Majlis ini adalah acara tahunan Poliklinik Penawar Pontian yang di taja oleh Dr Hj Maarof bin Hj Roslan sebagai pemilik klinik ini.
Majlis dimulakan jam 5pm, jemputan yang terdiri daripada pelanggan atau pesakit yang pernah hadir mendapatkan rawatan di klinik, sahabat-sahabat, kenalan dan saudara mara Dr Hj Maarof dan staff. Kehadiran mereka amat dialu-alukan dan menambahkan seri majlis ini.
Rakan-rakan dari Bank Islam, RHB Bank, AmBank, CIMB Bank, NUSB, Institut Memandu Bentara Harung, Guru-guru dan murid Sekolah Dato' Pengawa Barat, Pontian, KFC Pontian, TNB, Affin Bank dan ramai lagi yang hadir.
Jamuan yang disediakan adalah seperti Sate , yang disediakan oleh saudara Naim bin Ahmad, dari Kukup Laut. Manakala Restoran Awie Pontian menyediakan ketupat, sayur lodeh, sambal kacang dan sotong, rendang daging, ayam masak merah, serunding dan mee hoon, juga air minuman panas dan sejuk dan buah-buahan.
Majlis sepatut habis jam 7pm dilanjutkan kerana semakin ramai yang hadir. Namun kami terus menyambut kehadiran mereka dan menambah lagi hidangan lain yang ditaja oleh Season Pontian, seperti roti dan kek.
Majlis tamat jam 9pm. Kami gembira kerana majlis ini berjaya dianjurkan sepertimana yang dirancangkan. Insya Allah acara ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan, mungkin masanya akan dipanjangkan dan hidangan akan ditambah lagi.
Kepada yang hadir, kami mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan puan ke majlis ini dan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin". Kepada staff yang dikasihi, ribuan terima kasih di atas usaha kalian sebagai warga dan keluarga Poliklinik Penawar dengan rasa bertanggungjawab bersama memeriahkan majlis ini. Moga majlis ini diberkati Allah.
Kepada Dr Hj Maarof dan isteri (Pn Hj Yatie), Moga Allah Melimpahkan Rezeki dan Menjadikan Poliklinik Penawar Sukses di masa hadapan. Insya Allah!!.
"Terima Kasih Dr dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin"

Selasa, 6 Oktober 2009

Derma Darah Lagi

Bersama Hj Hashim

Jam 2.30pm saya dan Faizal pergi ke Hospital Pontian untuk menderma darah. Ini adalah siri lanjutan derma darah kami berdua. Kebiasaannya kami akan disertai oleh Shaufi, Rika dan Ria. Kali ini mereka tiada kerana ada hal masing-masing.


Kali ini kami disambut oleh Hj Hashim. Beliau menyuruh kami mengisi borang pengistiharan kesihatan. Beliau juga mengambil bacaan tekanan darah, HB, dan timbang kami. Kemudian kami disuruh baring dan beliau sendiri melakukan prosedur mengambil darah.


Selesai menderma kami dihidangkan minuman panas, roti dan telur separuh masak oleh En Suib. Pada kali ini kami mendapat cenderahati berupa tuala kecil Hospital Pontian dan makanan serta minuman ringan.


Saya dan Faizal mengucapkan terima kasih dan salam Aidilfitri bermaafan kepada Hj Hashim dan En Suib.


Aktiviti Sepanjang Syawal... Beraya.....

Allah...huakbar....Allah..huakbar....Allah..huakbar....
La.....illa....haillah.....wallah...huakbar.........
Allah....huakbar....walillahilham.........
1 Syawal 1430H
Kami sekeluarga berada di Felda Pengeli Timur. Saya dan anak-anak pergi solat Aidilfitri di masjid Felda Pengeli Timur. Setelah solat sunat Aidilitri dan mendengar Khutbah kami bersurai. Kami sekeluarga berkumpul adik beradik ipar duai. Bersalaman maaf maafan terutama kepada Abah Ngatinan dan Mak Yam serta keluarga yang lebih tua hingga lah adik beradik. Kemudian Kami bergambar kenangan sekeluarga.
Selesai itu, saya dan anak-anak mengikut abah pergi Marhaban beramai-ramai rumah ke rumah, dalam Blok Hijau 10, kira-kira 20 buah rumah kami sama-sama memeriahkannya. Majlis tamat jam 2.30pm.
Kami sekeluarga tinggal terus di sini manakala adik beradik yang lain ada yang pulang ke rumah mertua dan menziarah kubur dan ke rumah adik beradik ipar duai masing-masing.
2 Syawal 1430H.
Kami sekeluarga sekali lagi berkumpul untuk ke Sri Medan Batu Pahat, berkonvoi ke rumah Hj Mustaji (Bapa Abang Zaidi dan Ujit) beraya dan makan tengah hari. Rumah Mak Long, Pak Alang, dan sepupu sepapat. Akhir sekali ke rumah Kak Ani dan Abang Ayub. Selepas makan malam kami pulang ke Pontian dan keluarga yang lain pulang ke Felda Pengeli Timur.
3 Syawal 1430H
Kami di Serkat. Makan tengah hari bersama Ngah dan Pudin sebelum dia orang balik ke Melaka dan Kuala Lumpur. Kami sekeluarga, terus beraya ke rumah orang yang jaga anak, Mak Andam, beraya ke rumah Tok Cu, Mak Ros dan kami balik ke rumah kerana Fadil dan Effa datang ke rumah kami. Malam kami sambung lagi beraya ke rumah Mak Serkat dan Tok Uda.
5 Syawal 1430H
Kami ambil cuti bawa Mak Intan, Helmi, Lun dan Jaz, 2 kereta ke Johor Bahru, Rumah Mak Idah, Rumah Minah, Rumah Mak Yah, Rumah Mak Ngah Tik, dan tengok rumah kami (sewakan) di Jalan Tasek 28, Bandar Seri Alam, penyewanya tiada. Terus kami ke rumah Mak Bik dan Pak Yahya. Akhir sekali Rumah Mak Odah di Senai. Selepas Isya' kami pulang dan singgah ke Rumah Kak Ujit di Taman Emas.

Rabu, 23 September 2009

"SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI" "Maaf Zahir Batin"

20hb September 2009
Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar, Walillahilhamd.....
Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam, sempena 1 Syawal ini, kepada semua yang membaca blog ini, saya dan keluarga mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf atas apa jua kesilapan dan kesalahan kami yang lalu sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Moga-moga tiada dosa atau kesalahan yang tidak terampun hingga sukar kami di akhirat kelak, begitu juga kepada sesiapa pun kami ampun dan maafkan, Insya Allah!!!
Kepada pembaca blog ini, sudilah kiranya saudara-saudaraku, hadir ke rumah "Nur Firdaus" kami, moga dengan kehadiran saudara-saudaraku dapatlah kita mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Mudah-mudahan Syawal kali ini lebih bererti.

Salam Aidilfitri.........

Daripada :
Saifunnizam bin Hj. Md Salleh, (Nizam Arjuna),
Hariza binti Ngatinan,
Muhammad Izzuddin bin Saifunnizam,
Muhammad Izammuddin bin Saifunizam,
Muhammad Izharuddin bin Saifunnizam,
Nur Izzati binti Saifunnizam.
No.8, "Nur Firdaus", Jalan Sekolah Andek Mori,
82030 Serkat, Pontian, Johor Darul Takzim.
017-7165482 / 017-7248044

Selasa, 8 September 2009

Kereta Kena Pecah Samun

06hb September 2009
Hari ini jam 12 tengah hari, peristiwa yang tidak akan dilupakan apabila kereta Kancil Institut Memandu yang saya bawa harian telah di pecah cermin tepi kanan sebelah pemandu. Kereta tersebut saya letakkan di kawasan tempat letak kereta kepunyaan Pasaraya Maslee Pontian. bersebelahan Restoran 24 jam Ayub.
Ketika kejadian saya berada di Pasaraya Maslee untuk membeli belah barang dapur rumah. Setelah selesai membeli saya kembali ke kereta dan mendapati bonet belakang kereta saya telah terbuka, kemudian saya dapat cermin sebelah pemandu telah pecah. Kejadian ini telah menyebabkan saya kehilangan Komputer Riba yang dibeli bernilai RM1500.00, Kamera Digital Sony bernilai RM799.00, External Hardisk 400GB bernilai RM230.00, 5 pendrive Kingston 2GB bernilai RM125.00, Beg Komputer Riba bernilai RM185.00, alattulis dan Dvd writter, juga document yang saya tidak ingat akan kandungannya.
Apa yang saya kesalkan adalah document dalam Hardisk dan pendrive itu, kerana ia mengandungi gambar-gambar kenangan keluarga yang saya simpan sejak 2005 hingga kini. hilang. Document kerja saya juga hilang dalam pendrive tersebut.
Saya masih berharap agar saya mendapat kembali barang tersebut atau document dan gambar-gambar tersebut. Saya sedia membayar saguhati kepada mereka yang terjumpa atau memulangkan kembali kepada saya, Insya Allah, kerana apa yang penting amat saya perlukan.
Saya berharap orang yang mengambil atau membaca blog saya dapat membantu saya mendapatkan semula barang tersebut.
"SAYA SANGAT BERHARAP SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI ORANG YANG MENGAMBIL BARANG TERSEBUT UNTUK MEMULANGKANNYA KEMBALI KEPADA SAYA, INSYA ALLAH SAYA SEDIA BERUNDING SEBAIK-BAIKNYA ASALKAN SAYA DAPAT KEMBALI BARANG (DOCUMENT, GAMBAR-GAMBAR DAN BARANG KERJA) TERSEBUT."

Jumaat, 4 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Poliklinik Penawar

02hb September 2009
Jam 5pm warga Poliklinik Penawar bermesyuarat bulanan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Hj Maarof. Mesyuarat membincangkan mengenai penggunaan system baru yang boleh merekod maklumat pesakit dan perubatan pesakit. Mesyuarat juga membincangkan mengenai kerja pada bulan puasa dan hari raya. Bonus juga dibincangkan dan beliau bersetuju membayar setengah bulan gaji. Ini sesuatu yang mengembirakan warga Poliklinik Penawar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hj Maarof.
Tepat jam 7pm kami bersurai dan bergerak ke Hotel Pontian untuk majlis berbuka puasa. Kami makan bersama-sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Majlis berbuka puasa ini sudah menjadi acara tahunan klinik bila tiba bulan Ramadhan ini. Kali ini di tambah lagi dengan 3 orang staff dari Maarof Roslan Enterprise (SEASON).
Kepada Dr Hj Maarof, kami mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah memberkati Majlis kami.
Sebahgian Staff Poliklinik Penawar dan Season
Family Dr Hj Maarof sedang menjamu selera

Selasa, 1 September 2009

MERDEKA MALAYSIA ke 52 Tahun

31hb Ogos 2009
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
52 tahun lalu, anak bangsa Malaysia pernah bermandi keringat dan darah berjuang menuntut kemerdekaan tanah air sendiri. Kesenangan hidup ketika itu tidak pernah dikecapi, hanya kedaulatan tanah air menjadi agenda utama. Kini, nasib bumi Malaysia sudah jauh berubah, masyarakat berbilang kaum menikmati kemakmuran dan kemewahan negara selepas bebas daripada belenggu penjajah.
Hari ini genap 52 tahun kemerdekaan Malaysia, kita dapat berkumpul bersama menhayati kemerdekaan dengan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi atas nikmat dan rahmat yang diberikan kepada kita rakyat Malaysia. Semoga Allah terus memberikan kemakmuran dan lindungilah Malaysia dari kekacauan dan huru hara.
Semangat patriotisme hendaklah kita warisi kepada genarasi akan datang, agar mereka tidak lupa akan sejarah perjuangan kemerdekaan orang terdahulu dan diteruskan dengan mendidik anak-anak kita semangat cintakan negara, seterusnya menjadi pemimpin yang memimpin negara ini dengan lebih bertanggungjawab agar ia dapat terus diwarisi kepada genarasi yang akan datang.
Saya dan keluarga mengucapkan
"SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52 TAHUN"
kepada seluruh warga Malaysia.
"KAMI BANGGA JADI ANAK MALAYSIA"

Khamis, 27 Ogos 2009

Saringan H1N1 Di Tanjung Bin Power Plant, Serkat

Hari ini sudah 3 hari saya di Tanjung Bin Power, Mukim Serkat. Saya ditugaskan oleh Dr Maarof dari Poliklinik Penawar untuk membuat saringan H1N1 kepada pekerja-pekerja yang diarahkan oleh pengurusan Tanjung Bin Power Plant iaitu En Razali Wan Teh.

En Razali adalah Chef Safety Health di Tanjung Bin Power. Beliau meminta Poliklinik Penawar membuat saringan H1N1 bagi pekerja kontraktor dari syarikat-syarikat lain yang bertugas di Tanjung Bin Power Plant ini. Ini adalah siri ke dua saya ke sini selepas kami (saya dan staff) hadir. Kami hadir siri yang pertama iaitu pada 6hb,7hb, 8hb dan 10hb Julai 2009. Tapi kali ini saya seorang sahaja.

Hari pertama (25hb) saringan dibuat, semua pekerja (87 orang) didapati bebas daripada tanda-tanda H1N1. En Razali meminta saya mengambil sample ujian air kencing untuk ujian dadah dan ganja kepada pekerja yang dipilih secara rambang. Seramai 28 orang diambil ujian air kencing bagi mengesan kandungan dadah dan ganja. Ujian tersebut pihak Poliklinik Penawar telah hantar sample tersebut ke Gribbles Pathology (M) Sdn Bhd.

Pada hari kedua seramai 56 orang, juga didapati bebas daripada tanda-tanda H1N1. Ujian air kencing 3 orang. Ujian ini dilakukan sendiri.

Pada hari ke 3, iaitu hari ini, seramai 12 orang, juga didapati bebas daripada tanda-tanda H1N1.

Saringan ini akan terus dilakukan lagi pada esok hari dijangka seramai 42 orang dan minggu hadapan hingga diberitahu oleh En Razali sendiri akan tamatnya program ini.

Kepada pihak Tanjung Bin Power, saya mewakili pihak Poliklinik Penawar mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk membuat saringan H1N1 ditempatnya. Dan kami juga ucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Selasa, 25 Ogos 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak 1430H

22hb Ogos 2009
Hari ini semua umat Islam menyambut 1 Ramadhan 1430H. Kepada semua umat Islam kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT BERPUASA, semoga Ramadhan kali ini lebih keberkatan-NYA
Anak-anak, Izzuddin dan Izammuddin juga diajar bersahur dan berpuasa. Semoga mereka tahan dan tabah menjalani ibadah puasa ini. Kebetulan puasa kali ini dalam musim cuti sekolah. Jadi tak lah teruk sangat mereka.
Kami sekeluarga tidak merancang untuk balik kampung kerana isteri saya baru habis Kursus Kepimpinan selama 3 hari iaitu 19hb-21hb Ogos 2009 di Kelebang Resort Melaka. Anak-anak kecil, Izharuddin dan Izzati kurang sihat, demam, batuk dan selsema.
"SELAMAT BERPUASA DAN BANYAKKAN AMALAN DAN SEDEKAH"

Tahniah - Konvokesyen UTM dan Pertunangan

16hb Ogos 2009
MAJLIS PERTUNANGAN BAIN DAN IDA
Hari ini ada majlis Pertunangan Sepupu sebelah orang rumah saya. Mak Saudara Mak Noor (adik mak mertua) mengadakan majlis hantar tanda dan pertunangan anaknya bernama Bain. Majlis bermula jam 3pm. Di rumah beliau di Sungai Mas, Kota Tinggi.

Kami sekeluarga tiba jam 1.45pm setelah tamat Program Hari Keluarga Poliklinik Penawar di The Pulai Desaru Beach Resort. Kami dijamu makan sebelum majlis dimulakan. Para hadirin datang terdiri daripada jiran-jiran dan kenalan mak Noor. Keluarga dari Felda Pengeli Timur juga hadir bagi membantu dan memeriakan majlis tersebut.

Kami sekeluarga doakan semoga pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin.

16hb Ogos 2009
MAJLIS KONVOKESYEN LUN DI UTM SKUDAI.
Hari ini juga berlangsungnya majlis penanugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan adik saya Akmalunnisak. Majlis berlangsung di UTM Skudai.

Kami sekeluarga tidak dapat hadir sama kerana Program Hari Keluarga Poliklinik Penawar belum tamat dan majlis konvokesyen di UTM tamat dulu. Namun mak dan suami beliau (Jazril) hadir bagi meraikan penganugerahan tersebut.

Abang Long dan keluarga mohon maaf kerana tidak dapat hadir. Apa pun Tahniah diucapkan Semoga Terus Maju Jaya hendaknya.

Isnin, 24 Ogos 2009

Gambar Menjamu Selera dan Kenangan Bersama

Makan malam bersama Bozz Dr Hj Maarof dan isteri Pn Hjh Yatie

Sebahagian lagi staff di majlis makan malam


Sarapan pagi bersama Staff Mr Shaufi dan Mr Khairulnizam


Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang
staff Polklinik Penawar



Gambar kenangan bersama staff Season Pontian











Gambar Pemenang Family Day

JUARA KUMPULAN
Dimenangi oleh Kumpulan Hijau yang di ketuai
oleh Dr Hj Maarof bin Hj Roslan.
Hadiah disampaikan oleh Dr Maarof kepada En Mohd Faizal bin Zainal
Hadiah adalah sumbangan dari RHB Bank Berhad Pontian


NAIB JUARA KUMPULAN
Dimenangi oleh Kumpulan Oren yang diketuai
oleh En. Saifunnizam bin Hj Md Salleh.
Hadiah adalah Sumbangan dari YSP Industries Sdn Bhd

TEMPAT KE 3 KUMPULAN
Dimenangi oleh Kumpulan Merah, diketuai
oleh En Fadzil bin Abd Rahman.
Hadiah adalah Sumbangan daripada RHB Bank Berhad Pontian.

Hadiah Utama Cabutan Bertuah
Dimenangi oleh En Khairulnizam bin Abdul Kadir
yang disampaikan oleh Puan Hjh Norhayatunnisa'
Hadiah adalah Sumbangan dari YSP Industries Sdn Bhd

Semua peserta Family Day Poliklinik Penawar 2009 mendapat cenderhati sumbangan daripada Tuan Hj Dr Maarof bin Hj Roslan. Kepada penyumbang hadiah yang lain, kami Warga Poliklinik Penawar mengucapkan jutaan terima kasih. Juga kepada semua staff yang terlibat terima kasih atas sumbangan anda memeriahkan majlis ini. Moga tahun hadapan kita buat lagi dengan cara yang lebih meriah lagi. Insya Allah.

Gambar Menarik Sukaneka Family Day

Acara Ulat Gonggok.
Acara ini dimainkan melambung dadu besar, hanya no genap je layak melanggkah kehadapan. Acara bertambah menarik apabila kumpulan lain x bergerak apabila nombor dadu adalah ganjil.
Acara ini dimenangi oleh Kumpulan Hijau.

Acara Tarik Upeh
Acara ini dibuat secara timbal balik (bergilir) dan di menangi oleh kumpulan Oren

Acara Kepit Kelapa di kelengkang
Acara ini adalah acara pemanas badan je...


Acara kanak-kanak
Kanak-kanak yang terlibat.
Acara tiup tepung, Tarik upeh dan sambut belon

Acara sambut belon
Acara ini dimulakan dengan membaling belon berisi air kepada pasangan. Pasangan yang belon tidak pecah akan meneruskan acara dan peserta membuat satu langkah kebelakang, sehingga ada pemenang.
Acara ini dimenangi oleh Kumpulan Merah. Pn Yatie dengan anak sedara sepupu, Khidir


Khamis, 20 Ogos 2009

Family Day Poliklinik Penawar Pontian 2009

15hb Ogos 2009
Jam 11.00am, saya dan keluarga telah bertolak ke The Pulai Desaru Beach, untuk meninjau persiapan bagi Family Day Poliklinik Penawar Pontian 2009. Setiba di sana saya di sambut oleh Puan Zahida dan beliau telah memberikan saya kunci bilik untuk semua staff dan semua bilik adalah mengadap kolam renang.

Setiap perancangan berjalan lancar, tempat penginapan, acara permainan, tempat makan malam dan sarapan, kolam renang dan sauna, gym dan spa. Tepat jam 3pm hingga 4pm semua staff dapat masuk ke bilik masing-masing dan beristirehat.
Hari keluarga ini diadakan untuk Semua staff Poliklinik Penawar Pontian dan staff Season Pontian. Mereka akan terlibat bagi memeriahkan majlis ini.

Jam 5.30pm, kami telah bersedia dengan acara permainan seperti mana yang dirancang seperti acara tarik upeh, acara kanak-kanak, acara ulat bergerak, membawa buah kelapa celah kelengkang, belon dalam air dan bowling kelapa. Semua acara adalah cara berkumpulan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan Hijau, Oren dan Merah. Acara berlangsung penuh gelak ketawa dan meriah. Kami semua terhibur dan hilang seketika pada masalah kerja seharian.

Jam 7pm, semua acara dapat diselesaikan dengan jayanya dan kami menjamu petang dengan kuih muih sebelum bersurai ke bilik masing-masing. Jam 8.30pm kami berkumpul untuk makan malam BBQ (Joint Public). Banyak hidangan untuk kami menjamu selera setelah penat dengan acara sukaneka petang tadi. Kami menjamu selera sambil berborak-borak dengan penuh kekeluargaan.

Jam 9.30pm, acara penyampaian hadiah dibuat. Kumpulan yang memenagi acara sukaneka adalah kumpulan Hijau di ketuai oleh Dr Maarof dan Naib Johan kumpulan Oren diketuai oleh saya sendiri dan tempat ketiga dimenagi oleh kumpulan merah diketuai oleh Fadzil. Semua yang terlibat termasuk kanak-kanak mendapat cenderahati dan hadiah. Acara cabutan bertuah juga diadakan dan hadiah utama telah dimenangi oleh Khairulnizam.

Jam 11pm kami masih bersembang-sembang dan seterusnya balik ke bilik masing-masing untuk istirehat dan tidur.

16hb Ogos 2009
Jam 8.30am, kami berkumpul lagi untuk bersarapan bersama dan makan hidangan yang disediakan sungguh menyelerakan. Seterusnya kami melakukan aktiviti bebas iaitu mandi kolam dan pantai. Betapa seronoknya melihat anak-anak mandi dan bersuka ria di kolam renang yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh mereka selain aktiviti harian persekolahan mereka.

Jam 11.30am, kami mula ke bilik masing-masing untuk bersiap dan 12noon Check out dari The Pulai Desaru Beach. Kami mengambil peluang untuk bergambar kenangan bersama keluarga besar kami. Seronok rasanya berada di sini selama 2 hari 1 malam dan sedih untuk meninggalkannya. Insya Allah acara ini akan diadakan di tahun hadapan di tempat yang lain dan akan dirancang sebaik-baiknya.

Khamis, 13 Ogos 2009

Gambar Di Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Di Felda Penggeli Timur, Kulai

Kaum Hawa Membaca Yassin dan Tahlil

AMIN!!!
Kelihatan Ibu Mertuaku (Rukiam) kanan gambar

Aneka Juadah disediakan untuk para hadirin


Sedapnya!!!
Nasi Ambeng
Makan Tradisi Orang Jawa




Isnin, 10 Ogos 2009

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Di Felda Penggeli Timur

09hb Ogos 2009
Jam 3pm, keluarga di Felda Penggeli Timur mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil (Kaum Hawa) yang dihadiri oleh jiran-jiran atau warga Blok Hijau 10.
Majlis ini selalu diadakan mengikut giliran warga blok Hijau 10, Kaum Hawa membaca yasin dan tahlil kepada keluarga kami yang telah kembali kerahmatullah. Dengan cara ini, kami sama-sama bersedekah kepada arwah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diredhaiNYA.
Majlis berakhir dengan jamuan Nasi Ambeng, makanan tradisi orang Jawa yang dipraktik oleh keluarga mertua saya (Ngatinan dan Rukiam) sejak dulu lagi.
Setelah majlis selesai, kami sekeluarga pula menikmati jamuan dan juadah yang disediakan. Seronok berkumpul ramai-ramai makan bersama sekeluarga besar ini. Majlis ini juga acara tradisi keluarga mertua saya.
"SEMOGA ALLAH BERKATI MAJLIS INI".. AMIN...

Takziah - Pak Din Kembali Ke Rahmatullah

08hb Ogos 2009
Jam 6.50pm, kami dapat berita Pak Din mak Ros telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung.
Sewaktu berita disampaikan kami sekeluarga telah berada di Felda Pengeli Timur, kerana esok ada majlis Yasin dan Tahlil.
Isteri (kurang sihat) dan anak-anak saya tinggalkan untuk membantu membuat persiapan majlis esok. Saya balik ke Serkat, jam 2 pagi tiba di rumah.
09hb Ogos 2009
Jam 7.30am saya pergi menziarah di rumah mak Ros untuk melihat jenazah Pak Din, sedekahkan bacaan yasin semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihiNYA
Kepada mak Ros dan mak Yam (Isteri-isteri pak Din) kami sekeluarga, ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi hari mendatang. Allah lebih sayangkan pak Din dan sesungguh kita juga akan kembali kepadaNYA.
"BERSAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH"

Gambar Di Majlis Konvokesyen Matun

Dewan Konvokesyen YPJ ke 12, di Pusat Islam Iskandar, Kompleks Islam Johor

Matun bersama rakan-rakan

Senyum puas dan bangga dengan segulung Diploma

Kami sekeluarga meraikan kejayaannya


Majlis Konvokesyen YPJ adik Rahmatunnisak

08hb Ogos 2009
Hari ini adalah Majlis Konvokesyen YPJ ke 12, Adik saya, Rahmatunnisak bt Md Salleh (Matun) akan menerima Diploma Pengurusan Pemakanan secara rasminya, yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato Ghani Othman.
Majlis bermula jam 7 pagi di Kompleks Islam Johor Bahru, di Dewan Iskandar
Majlis tamat jam 11 pagi, kami sekeluarga mengambil peluang bergambar kenangan dengannya.
Abang Long dan keluarga mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi.
Matun akan mula bertugas di Kuala Lumpur pada isnin ini, di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa di Kota Damansara.
"TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA"

Gambar Majlis Yasin dan Tahlil IMBH

Haji Amin (kanan gambar) mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil


Kelihatan Haji Rahmat (pengerusi IMBH) kanan gambar, Haji Zainal dan Encik Masri

Menjamu selera bersama En Masri dan Hj Ismail

Haji Rahman melayan warga IMBH menjamu selera

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil IMBH

07hb Ogos 2009

Institut Memandu Bentara Harung Sdn Bhd. mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil yang dihadiri oleh warga kerja IMBH sendiri. Majlis ini adalah acara tahunan IMBH.
Majlis bermula jam 7 petang, Solat Magrib berjamaah dan diikuti ucapan pengurus Tuan Haji Rahman bin Ahmad mengucapakan terima kasih kepada Tuan Pengerusi IMBH, Tuan Haji Rahmat bin Omar yang sudi menjadikan majlis ini acara tahunan IMBH dan kepada warga kerja IMBH yang hadir bagi menjayakan majlis ini seterusnya memulakan acara bacaan yasin dan tahlil yang diketuai oleh Tuan Haji Amin bin Sukardi.
Selesai bacaan yasin dan tahlil kami solat Isyak berjemaah sebelum beredar ke majlis jamuan makan di Restoran TomYam yang terletak di sebelah Mahkamah Syariah yang dalam proses pembinaan di Parit Mesjid.
Kami menjamu selera sambil berbual-bual dengan kekeluargaan. Selesai menjamu selera kami bersurai.
"SEMOGA MAJLIS KAMI DIBERKATI OLEH ALLAH"

Sabtu, 1 Ogos 2009

Gambar Majlis Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Klinik Kesihatan Serkat

Suasana dewan klinik (Ruang Menunggu dan Rawatan Pesakit) bila dijadikan tempat Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil.

Dibelakang tabir.... Orang kuat di dapur membuat persediaan hidangan jamuan
Jamuan yang disediakan... Belum boleh buka.... hehe..


Buah-buahan dan Kuih muih



Majlis Yasin dan Doa Selamat KK Serkat

31hb OGOS 2009
Pada jam 7.45pm, saya dan family, juga para hadirin dan staff Klinik Kesihatan Serkat dan Klinik Pergigian Serkat berkumpul di bangunan baru (Klinik Ibu dan Anak) Klinik Kesihatan Serkat untuk majlis Yasin dan Doa selamat bagi tempat atau klinik baru.

Staff Klinik Kesihatan Serkat, selaku penganjur majlis ini, sedia menyambut jemputan dan sebahagian yang lain menyediakan jamuan.

8pm Ustaz Yunos memulakan dan mengetuai majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Setelah selasai, kami solat isyak berjemaah. Semua staff Klinik Kesihatan Serkat dan staf Klinik Pergigian Serkat juga terlibat, Doktor dan Sister juga kelihatan. Majlis agak meriah dengan suasana kekeluargaan.

9pm, kami dipersilakan mengambil dan menjamu makanan yang disediakan. Menjamu selera sambil berbual-bual dan berkenalan sesama keluarga staff

10pm, majlis bersurai, setelah siap mengemas.

Terima kasih diucapkan dan semoga dengan adanya bangunan baru ini kelancaran operasi klinik akan lebih efiktif.

Gambar Tempat Menarik Untuk Family Day

Penginapan di The Pulai Desaru Beach


Pantai The Pulai Desaru Beach

Penginapan di Mutiara Resort, Tanjung Sedili


Pantai di Mutiara Resort, Tanjung Sedili





Selasa, 28 Julai 2009

Mencari Tempat Family Day PP Penawar

25hb JULAI 2009
Jam 11am, saya, Faizal dan Shaufi bergerak dari Poliklinik Penawar ke Kota Tinggi untuk mencari tempat bagi menjayakan Program Family Day Poliklinik Penawar Pontian. Program ini dicadangkan oleh Dr. Maarof dalam meeting pada 11hb Julai lalu.

Program ini akan diadakan pada 15hb Ogos 2009, bertujuan bagi memotivasikan semua staff Poliklinik Penawar agar lebih komitmen pada matlamat organisasi, dan tanda terima kasih pihak pengurusan.

Destinasi pertama tiba jam 1.00pm adalah Mutiara Motor Resort Sdn Bhd, tempatnya menarik sesuai untuk keluarga yang ingin jauh dari kesibukan bandar dan lanskap yang menarik. Setelah berjumpa Puan Salmah kami mendapatkan butiran mengenai pakej yang ditawarkan untuk kami bincang kelak.

Kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Balau Resort, kira-kira 10km dari tempat tadi, tetapi tempat tersebut sedang diubah suai oleh pengurusan baru (tukar pengurusan), kami mengambil peluang berehat dan makan tengah hari.

Kemudian kami ke The Pulai Desaru Beach, kami melihat dan mendapati tempat tersebut menarik, ada kolam renang, pantai yang bersih, dan tempat permainan yang banyak pilihan, seterusnya kami berjumpa dengan Cik Fadila, bertanyakan pakej yang ditawarkan.

Seterusnya kami ke Golden Beach Hotel, melihat pemandangan yang hampir sama The Pulai Desaru Beach, tempat ini bersebelahan antara satu sama lain, dan pantai yang sama. Kami berjumpa En. Shamsuddin, Penolong Pengurus di tempat ini dan beliau sedia memberikan pakej harga yang menarik, namun kami belum dapat memberikan keputusan segera.

Kami mengucapkan bebanyak terima kasih atas layan Puan Salmah, Cik Fadila dan En. Shamsuddin, atas keterangan dan kesediaan mereka untuk menjayakan program Family Day kami.

4.30pm kami bertolak balik ke Pontian, dan tiba di klinik jam 6.30pm. Satu pengalaman menarik dilalui sepanjang hari. Kami dapat jalan-jalan dulu...

Khamis, 9 Julai 2009

Gambar Di Majlis Marhaban dan Cukur Jambul Nur Izzati

My wife n Syida (My Wife la paling lawa kan...kan...)


Wak Salam menyuapkan bubur merah ke mulut Izzati

Hj Rawi

Gambar Di Majlis Persandingan


Azmi & Syida




Lun & Jazril



My Family n Pengantin
Ayahanda dan Bonda

Majlis Perkahwinan Adikku LUN & JAZRIL N AZMI & SYIDA

29hb May 2009
Tepat jam 9pm rombongan dari Terengganu tiba, kira-kira 70 orang saudara mara n sahabat handai keluarga pengantin tiba diperkarangan rumah "Nur Firdaus". dan berjalan menuju kerumah mak ayah untuk majlis akad nikah.

Jam 9.50pm majlis akan nikah dimulakan oleh imam Kg Tengah Sg Kuali, Imam Hj Senong dan dengan sekali lafaz oleh Jazril, maka jadi lah mereka sepasang suami isteri yang sah.

Semoga mereka menjadi pasangan yang bahagia hingga ahkir hayat..


30hb May 2009
Jam 11am saya mengadakan majlis cukur jambul Nur Izzati, Majis Marhaban dan Berzanji, bagi memenuhi acara Majlis Persandingan adik, Lun & Jazril dan Azmi & Syida.

Jam 2pm Majlis Persandingan berlangsung, ramai para hadiran yang datang sejak jam 11am, Jamuan para hadiran yang diuruskan oleh kendarat dari Chokoh dan Serkat, sibuk melayan tetamu. Keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan juga membantu bagi menjayakan majlis ini.

Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Juga para jemputan kerana memeriahkan majlis ini.

Jam 6pm mula sibuk membungkus lauk pauk unuk diagihkan kepada yang rapat, yang tak dapat hadir. Jangan ada yang terbazir.

Jam 8pm, Kami makan bersama adik beradik dan keluarga baru lah katakan.

Kepada Lun & Jazril dan Azmi & Syida, "SELAMAT PENGANTIN BARU" dan "SEMOGA BAHAGIA HENDAKNYA"... dari Abang Long N Family.

Tak lupa juga Kepada pasangan Yani dan Saiful (Sepupu di Permas Jaya) dan Sa'adah & Mohd Qayyum (2 Pupu di Kg Chokoh) Moga Bahagia Dan Selamat Pengantin Baru.

Khamis, 28 Mei 2009

Derma Darah


Pada 26hb, setelah siap kerja2 di klinik, saya ajak Faizal dan Shaufi serta Rika untuk pergi menderma darah di Hospital Pontian, jam 12 tengah hari kami tiba dan Hj Khair menyambut kami dan menyiapkan butiran untuk prosedur menderma darah. Setelah siap Hj Ahmad mengambil darah kami...

Jam 1.30pm kami telah selesai menderma dan dihidangkan minuman panas, telur separuh masak n roti untuk mengembalikan tenaga kami.

Ini adalah lanjutan siri derma darah kami... Seronok rasanya dapat menyumbang apa yang terdaya...