Selasa, 8 September 2009

Kereta Kena Pecah Samun

06hb September 2009
Hari ini jam 12 tengah hari, peristiwa yang tidak akan dilupakan apabila kereta Kancil Institut Memandu yang saya bawa harian telah di pecah cermin tepi kanan sebelah pemandu. Kereta tersebut saya letakkan di kawasan tempat letak kereta kepunyaan Pasaraya Maslee Pontian. bersebelahan Restoran 24 jam Ayub.
Ketika kejadian saya berada di Pasaraya Maslee untuk membeli belah barang dapur rumah. Setelah selesai membeli saya kembali ke kereta dan mendapati bonet belakang kereta saya telah terbuka, kemudian saya dapat cermin sebelah pemandu telah pecah. Kejadian ini telah menyebabkan saya kehilangan Komputer Riba yang dibeli bernilai RM1500.00, Kamera Digital Sony bernilai RM799.00, External Hardisk 400GB bernilai RM230.00, 5 pendrive Kingston 2GB bernilai RM125.00, Beg Komputer Riba bernilai RM185.00, alattulis dan Dvd writter, juga document yang saya tidak ingat akan kandungannya.
Apa yang saya kesalkan adalah document dalam Hardisk dan pendrive itu, kerana ia mengandungi gambar-gambar kenangan keluarga yang saya simpan sejak 2005 hingga kini. hilang. Document kerja saya juga hilang dalam pendrive tersebut.
Saya masih berharap agar saya mendapat kembali barang tersebut atau document dan gambar-gambar tersebut. Saya sedia membayar saguhati kepada mereka yang terjumpa atau memulangkan kembali kepada saya, Insya Allah, kerana apa yang penting amat saya perlukan.
Saya berharap orang yang mengambil atau membaca blog saya dapat membantu saya mendapatkan semula barang tersebut.
"SAYA SANGAT BERHARAP SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI ORANG YANG MENGAMBIL BARANG TERSEBUT UNTUK MEMULANGKANNYA KEMBALI KEPADA SAYA, INSYA ALLAH SAYA SEDIA BERUNDING SEBAIK-BAIKNYA ASALKAN SAYA DAPAT KEMBALI BARANG (DOCUMENT, GAMBAR-GAMBAR DAN BARANG KERJA) TERSEBUT."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan