Khamis, 20 Ogos 2009

Family Day Poliklinik Penawar Pontian 2009

15hb Ogos 2009
Jam 11.00am, saya dan keluarga telah bertolak ke The Pulai Desaru Beach, untuk meninjau persiapan bagi Family Day Poliklinik Penawar Pontian 2009. Setiba di sana saya di sambut oleh Puan Zahida dan beliau telah memberikan saya kunci bilik untuk semua staff dan semua bilik adalah mengadap kolam renang.

Setiap perancangan berjalan lancar, tempat penginapan, acara permainan, tempat makan malam dan sarapan, kolam renang dan sauna, gym dan spa. Tepat jam 3pm hingga 4pm semua staff dapat masuk ke bilik masing-masing dan beristirehat.
Hari keluarga ini diadakan untuk Semua staff Poliklinik Penawar Pontian dan staff Season Pontian. Mereka akan terlibat bagi memeriahkan majlis ini.

Jam 5.30pm, kami telah bersedia dengan acara permainan seperti mana yang dirancang seperti acara tarik upeh, acara kanak-kanak, acara ulat bergerak, membawa buah kelapa celah kelengkang, belon dalam air dan bowling kelapa. Semua acara adalah cara berkumpulan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan Hijau, Oren dan Merah. Acara berlangsung penuh gelak ketawa dan meriah. Kami semua terhibur dan hilang seketika pada masalah kerja seharian.

Jam 7pm, semua acara dapat diselesaikan dengan jayanya dan kami menjamu petang dengan kuih muih sebelum bersurai ke bilik masing-masing. Jam 8.30pm kami berkumpul untuk makan malam BBQ (Joint Public). Banyak hidangan untuk kami menjamu selera setelah penat dengan acara sukaneka petang tadi. Kami menjamu selera sambil berborak-borak dengan penuh kekeluargaan.

Jam 9.30pm, acara penyampaian hadiah dibuat. Kumpulan yang memenagi acara sukaneka adalah kumpulan Hijau di ketuai oleh Dr Maarof dan Naib Johan kumpulan Oren diketuai oleh saya sendiri dan tempat ketiga dimenagi oleh kumpulan merah diketuai oleh Fadzil. Semua yang terlibat termasuk kanak-kanak mendapat cenderahati dan hadiah. Acara cabutan bertuah juga diadakan dan hadiah utama telah dimenangi oleh Khairulnizam.

Jam 11pm kami masih bersembang-sembang dan seterusnya balik ke bilik masing-masing untuk istirehat dan tidur.

16hb Ogos 2009
Jam 8.30am, kami berkumpul lagi untuk bersarapan bersama dan makan hidangan yang disediakan sungguh menyelerakan. Seterusnya kami melakukan aktiviti bebas iaitu mandi kolam dan pantai. Betapa seronoknya melihat anak-anak mandi dan bersuka ria di kolam renang yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh mereka selain aktiviti harian persekolahan mereka.

Jam 11.30am, kami mula ke bilik masing-masing untuk bersiap dan 12noon Check out dari The Pulai Desaru Beach. Kami mengambil peluang untuk bergambar kenangan bersama keluarga besar kami. Seronok rasanya berada di sini selama 2 hari 1 malam dan sedih untuk meninggalkannya. Insya Allah acara ini akan diadakan di tahun hadapan di tempat yang lain dan akan dirancang sebaik-baiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan