Sabtu, 10 Oktober 2009

Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Poliklinik Penawar Pontian

09hb OKTOBER 2009
Hari ini Poliklinik Penawar telah mengadakan Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya di tingkat 1, Poliklinik Penawar. Saya selaku pengurus dan di bantu oleh staff klinik, telah membuat persediaan awal untuk menjayakan majlis ini. Majlis ini adalah acara tahunan Poliklinik Penawar Pontian yang di taja oleh Dr Hj Maarof bin Hj Roslan sebagai pemilik klinik ini.
Majlis dimulakan jam 5pm, jemputan yang terdiri daripada pelanggan atau pesakit yang pernah hadir mendapatkan rawatan di klinik, sahabat-sahabat, kenalan dan saudara mara Dr Hj Maarof dan staff. Kehadiran mereka amat dialu-alukan dan menambahkan seri majlis ini.
Rakan-rakan dari Bank Islam, RHB Bank, AmBank, CIMB Bank, NUSB, Institut Memandu Bentara Harung, Guru-guru dan murid Sekolah Dato' Pengawa Barat, Pontian, KFC Pontian, TNB, Affin Bank dan ramai lagi yang hadir.
Jamuan yang disediakan adalah seperti Sate , yang disediakan oleh saudara Naim bin Ahmad, dari Kukup Laut. Manakala Restoran Awie Pontian menyediakan ketupat, sayur lodeh, sambal kacang dan sotong, rendang daging, ayam masak merah, serunding dan mee hoon, juga air minuman panas dan sejuk dan buah-buahan.
Majlis sepatut habis jam 7pm dilanjutkan kerana semakin ramai yang hadir. Namun kami terus menyambut kehadiran mereka dan menambah lagi hidangan lain yang ditaja oleh Season Pontian, seperti roti dan kek.
Majlis tamat jam 9pm. Kami gembira kerana majlis ini berjaya dianjurkan sepertimana yang dirancangkan. Insya Allah acara ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan, mungkin masanya akan dipanjangkan dan hidangan akan ditambah lagi.
Kepada yang hadir, kami mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan puan ke majlis ini dan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin". Kepada staff yang dikasihi, ribuan terima kasih di atas usaha kalian sebagai warga dan keluarga Poliklinik Penawar dengan rasa bertanggungjawab bersama memeriahkan majlis ini. Moga majlis ini diberkati Allah.
Kepada Dr Hj Maarof dan isteri (Pn Hj Yatie), Moga Allah Melimpahkan Rezeki dan Menjadikan Poliklinik Penawar Sukses di masa hadapan. Insya Allah!!.
"Terima Kasih Dr dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan